Dashboard | +Follow
♥ M I Z S | Q A W I N A L ♥


♥Sayang kura-kura♥
Sunday 15 September 2013 | 02:27 | 0 S:Saranghae Talking//

Assalamualaikum semua.. ;))

Dah lama rasanya aku tak update blog nih. Aku tengok dah penuh dengan sarang labah labah ni. Berhabuk pulak tu. Siap boleh ambik buat tepung roti lagi. Siapa nak? Fuhh~

Ermmm.. Hari ni aku nak share sikit dengan korang tentang tips penjagaan kura-kura. Aku hukannya master sangat dalam hal-hal yang berkaitan kura-kura, tapi boleh lah. Entah-entah korang lagi master dari aku apa dalam bab kura-kura ni. Baik mengaku cepat! 


◆RUMAH UNTUK KURA-KURA◆
Rumah untuk kura-kura ni penting sangat sebab diorang perlukan rumah  Rumah yang korang nak sediakan tak perlulah besar gedabak. Setakat yang korang mampu jelah. Yang penting bekas tu tinggi sebab nak elakkan dari kura-kura tu dari panjat keluar dari rumah diorang. Nanti kalau hilang korang yang susah. Lepas tu balik rumah mengadu dekat mak. Hehe.Aku mula-mula dapat kura-kura pon, aku letak aje kura-kura tu dalam timba yang orang letak simen buat rumah tu.First time bela kura-kura kan. Manalah aku tau.

◆DARAT DAN AIR◆
Macam yang kita semua sedia maklum, kura-kura ni binatang yang jenis hidup dua alam. Jadi dalam rumah kura-kura tu, korang kena lah sediakanlah port untuk diorang lepak jugak. Sebab kalau letak kura-kura dalam air je dan tak ada port untuk diorang lepak, diorang boleh lemas tau. Korang boleh la letak kayu  ke batu ke. Aku letak bata yang pecah dua tu ja. 

◆MAKANAN◆
Kura-kura adalah sejenis haiwan omnivor.So dia makan tumbuh tumbuhan dan jugak haiwan. Aku bagi makan pellet aja yang aku beli kat kedai. Tapi dalam seminggu tu aku akan bagi dia makan kangkung ka kobis ka tapi sekali seminggu ja la. Korang boleh bagi dia makan ikan jugak. Tapi pastikan ikan tu korang dah bersihkan sebersih bersihnya and korang jugak perlu lenyek-lenyekkan ikan tu. Aku setakat ni tak pernah lagilah bagi diorang makan. Cuma dengar apa yang kawan-kawan aku cerita.

◆KEBERSIHAN◆
Kebersihan kura-kura sangat penting. Sebab tu la rumah kura-kura tu kena bersihkan dua hari sekali sebab kura-kura ni dia jenis haiwan yang suka makan menyembur. Aku kalau dah malas sangat aku bersikan empat hari sekali ja. Tapi tu jarang berlaku la sebab aku masih bersemangat nak bela kura-kura ni. Wuhuuuu~ Lepas tu bila dah tukarkan air, jangan lupa titiskan air anti klorin. Air paip kan banyak klorin, so ia tak baik la untuk kura-kura dan boleh menghilangkan keseniran cengkeran kura-kura.

◆BELAI◆
Bagi aku kura-kura ni sejenis haiwan yang agak bijak jugak la. Sebab tu la kita kena belai cengkerang dia at least sekali seminggu. Jangan ingat manusia je yang perlukan belaian. Bila korang dah selalu belai kura-kura ni, nanti lama-lama dia akan kenal korang. Tapi awas tau! Jangan pegang mulut dia. Nanti tak pasai-pasai kena gigit padan muka. Walaupun kura-kura nampak macam tak ada gigi, tapi kalau dia gigit korang sampai dengar bunyi guruh baru dia lepaskan. Tak percaya cuba korang buat! 




OLDER POST | NEWER POST