Dashboard | +Follow
♥ M I Z S | Q A W I N A L ♥


✿ Sweet Holidays ✿
Monday 17 September 2012 | 22:26 | 0 S:Saranghae Talking//
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. <big smile>

Selamat pagi dunia. Arun sawad Malaysia. Good morning everyone. Hari ni aku tak pergi kuliah sebab bangun lewat. Jadi aku just baring-baring and rehat-rehat dekat rumah. Aku letih sangat. Semalan aku sampai rumah pukul 1.00 pagi. Walaupun dalam bas tu aku dah tidur tapi aku tetap bangun lewat jugak. Kenapa ea?? Iye lah. Aku kan sleeping beauty. Haha

Hari Sabtu <15.8.2012> lepas, aku pergi Terengganu and Kelantan dengan kengkawan. Gaya rombongan Che Kiah gitu. Yes, aku mengaku sangat seronok sepanjang aku pergi sana. Walaupon time makan tak menentu sebab duit tak cukup. <aku dah cakap aku ni boros> =P . Kitorang ambil masa 12 jam untuk sampai ke Terengganu. How long time. Sampai tak tau nak buat apa dalam bas jadi kami hanya menyanyi dan terus menyanyi. 

Homestay yang kitorang menginap tu pon okey ja. Lengkap semuanya. Lengkap dengan pinggan mangkuk, peti air, dapur gas, gas and ketul ais.  Jadi apa lagi, kami buat serupa rumah kami lah. Time tidur amatlah seronok. Macam-macam gaya. Macam kanak-kanak Ribena. Ada yang tidur mengangkang, ada yang kuak lentang and gaya gymnastik pon ada. Tapi apa yang pasti gaya aku tidur adalam yang paling sopan!

Untuk mengatasi masalah krisis ekonomi yang melanda diriku ini, jadi aku hanya makan-makanan yang murah-murah sahaja. Nasi goreng ayam sepinggan and air kosong segelas. Tu pon dah RM5.50. Telan air liur je lah time bayar tu. Nasib baik air kosong tu free. Fuhhh!! Kalau tak mesti aku kena bayar RM5.70 sebab dekat kantin universiti aku air kosong segelas RM0.20 . =P Untuk sarapan aku hanya makan roti canai telur dan air teh O ois. Tu pon harganya RM2.50.

Aku tak beli banyak barang pon. <aku dah cakap duit aku tak cukup> Hanya sempat beli hadiah untuk my familu jer. Dekat Terengganu saja aku dah habiskan 3/4 dari duit aku. Amatlah menyesal. Hehe, jadi untuk kengkawan aku, nanti bila aku kahwin dengan orang Terengganu, aku beli la apa-apa hadiah untuk korang. Okey??

Aku dah malas nak tulis panjang-panjang. So, tengok lah gambar dekat bawah ni...

TERENGGANU





KELANTAN





OLDER POST | NEWER POST