Dashboard | +Follow
♥ M I Z S | Q A W I N A L ♥


❤ Raya + Merdeka ❤
Thursday 30 August 2012 | 23:17 | 0 S:Saranghae Talking//
Assalamualaikum~ <kepam mulut>

Hari ni 31 Ogos 2012 jatuh pada hari Jumaat yang mulia. Hari ni merupakan hari Kemerdekaan yang ke-55 bagi Malaysia. Jadi SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!! I LOVE YOU MALAYSIA!! AND I'M PROUD TO BE A MALAYSIAN!!
Walaupun dah 55 kali kita sambut merdeka, tapi aku tak pernah pergi pon tengok orang buat perarakan dekat Dataran Merdeka. Pasaipa? Sebab aku duduk dekat Perlis. Kalau nak pergi KL tu semata-mata nak tengok perarakan tu, komfem mak ayah aku tak bagi. Lagipun buat naya ja. <PM, tau depan perarakan tu dekat Perlis pulak tau> Aku sebenarnya teringin sangat nak tengok. Tapi apakan daya. Takde rezeki lagi la tu. Mungkin nanti-nanti boleh tengok. Siapa tau. Hehe

Sesungguhnya aku sangat bangga jadi rakyat Malaysia. <muka serius> Ye lah. Sepanjang aku hidup, Malaysia ni negara yang paling aman walaupon adalah sedikit rusuhan yang berlaku. Tu pon sikit ja. Tak sampai pon perang-perang. Hanya baling-baling/tuju-tuju ketoi batu ja. Tak aku tak pernah terlibat  satu pon. <maybe pernah sekali>LOL =P

Dah habis fasal medeka. Sekarang aku nak cerita fasal hari raya. Aku tak sempat nak tulis post tentang raya sebab aku betul-betul sibuk. Nasib baik hari ni cuti. Adalah sikit masa aku nak update. Kalau tak jangan harap. Homework mampat gila. Setiap kali mesti tak siap. <membebel bla bla bla> =P

Raya korang tahun ni macam mana? Best tak? Raya aku kali ni macam best jer. Hehe, sebab tahun ni aku raya rumah moktok and tokayah aku dekat kelantan. Aku pon taktau kenapa tahun ni raya best sangat. Mungkin sebab aku dapat duit raya banyak tahun ni. <tak sangka dalam umur macam aku ni pon orang nak bagi duit raya jugak> Ada jugak kan kemungkinan tu. Tapi apa-apa pon, macam yang Anuar Hadi pernah sebut "Lepak Chill Relax la Prai"

Hehe, sangat lah suka. Tapi macam mana pon kita kena enjoy hidup kita. Sebab hidup ni cuma sekali. Engat ya anak-anak muridku sekalian, apa-apa pon yang terjadi dalam dunia ni ada hikmah. Allah tak buat benda tu untuk saja-saja. Kadang-kadang benda yang kita suka tu akan membawa keburukkan kepada kita, dan mungkin benda yang kita benci tu akan membawa kebaikan kepada kita.

Jadi, SELAMAT HARI RAYA semua.









Best kan family-family aku beraya? best lagi kalau duit penuh poket. Haha "Dalam Setiap Gambar Ada Lagu"





OLDER POST | NEWER POST