Dashboard | +Follow
♥ M I Z S | Q A W I N A L ♥


Jerawat? NO!
Friday 22 June 2012 | 10:52 | 1 S:Saranghae Talking//

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. *wink*

Hari ni aku kembali mengupdate blog. Tetiba ja aku rasa rindu gila nak update blog masa tengah dengar lagu I Want-One Direction *aku suka gila lagu ni* . Masa dekat sekolah aku dengan kawan-kawan aku punya la perah otak dok pikir nak tulis apa la dekat post kali ni. Ada la sorang kawan aku ni dia pegang dia punya muka kerutu jerawat. LOL  Tetiba ja timbul idea nak tulis fasal nih.

Seperti yang kita semua sedia maklum, jerawat atau nama familiarnya pimple adalah musuh yang paling utama bagi kaum hawa. Jadi kita semua sebagai kaum hawa *tak semua la* harus mengangkat senjata memerangi jerawat nih. Aku cukup tak suka kalau tetiba ada jerawat muncul dekat muka licin aku ni. LOL =P

Jerawat ni selalunya banyak tumbuh dekat tanah muka yang subur. Jerawat ni muncul atas beberapa faktor. Jadi aku nk tulis fasal faktor yang aku pernah dengar je lah. Ada faktor yang boleh kita atasi dan ada jugak yang tak boleh. Jadi jom kita ramai-ramai cekidaud pasaipa muka kita ada jerawat.

Hormon terlebih.
Ha!! Yang ni seriusly aku tak tau nak cakap apa. Aku tak tau macam mana. Tapi aku pernah dengar orang cakap "orang perempuan yang belum kahwin tak payah risau fasal jerawat, nanti lepas kahwin komfem muka jadi licin". Mungkin ni semua ada kaitan dengan hormon kot. *maybe*

Muka berminyak.
Selalunya muka berminyak ni sebab mungkin kita terlalu lama duduk tengah panas sehingga menyebabkan muka kita hitam berminyak. LOL =P Ataupon sebab kita terlebih pakai krim. Contohnya macam kita dah pakai krim sun block, lepas tu kita nak letak krim pelembap muka pulak. Tu akan meningkatkan minyak dekat muka kita.

Cuaca dan Suhu.
Cuaca dan suhu jugak kekadang memainkan peranan penting untuk buat muka kita dijangkiti ditubuhi jerawat. Muka kita tak sesuai untuk semua suhu atau cuaca. Maybe ada yang muka diorang tu tak tahan dengan cuaca sejuk. Sebab tu la jerawat liar tumbuh. LOL =P

Makan makanan berminyak.
Erm, yang ni aku selalu dengar. Kacang adalah makanan yang paling utama menyebabkan muka kita tumbuh jerawat. Setiap kali aku makan kacang ja, kawan-kawan aku mesti cakap "Patutlah muka hang penuh jerawat tumbuh." Jadi kalau boleh kita elak la dari makan kacang.

Pencuci muka tidak sesuai untuk kulit.
Jerawat boleh tumbuh juga sebab kita guna pencuci muka yang tak sesuai untuk muka. Kadang-kadang sebab kita guna pencuci muka yang salah boleh menyebabkan muka kita gatal-gatal then merah-merah lepas tu menggelupas. Tak suka betol aku kalau muka jadi macam tu. *nampak sangat aku suka tukar pencuci muka*

Jadi cara penyelesainnya.......

Elakkan makanan berminyak/ pedas.
Erm.. Yang ni susah sikit nak buat. Aku kalau fasal makanan ni susah sikit nak elak-elakkan ni.*HAHA* Tapi demi nak dapat kulit muka yang licin, terpaksa lah buat an. Bukan susah pon. Ni merangkumi diet jugak lah. Kalau tak makan kira diet lah tu kan.

Banyakkan minum air masak.
Air masak ni baik untuk kita. Mulanya kita memang minum air masak sebab nak kurangkan jerawat tapi minum air masak ni jugak dapat membersihkan darah kita. Baik untuk kesihatan kita jugak kan. Air masak ni memang diperlukan badan kita. And kita jugak kena la kurangkan minuman manis. Korang ni tak kira siang malam kerja nak minum air gula bergula ja. LOL =P

Guna pencuci muka yang sesuai.
Macam yang aku cakap tadi, kita kena tahu pencuci muka apa yang sesuai untuk muka kita. Then, baru kita guna. Pencuci muka ni kadang-kadang bukan boleh harap sangat. *aku gurau je* LOL =P

Petua orang tua-tua.
Yang ni petua orang tua-tua berkenaan muka yang selalu la jugak aku ikut. Kadang-kadang tak ikut pon. Petuanya: Bila jerawat naik, picit jerawat tu then cepat-cepat sapukan kapur dekat tempat jerawat yang kita picit tadi. InsyaAllah hilang.

Okey. Itu sahaja. Bye :)

Gracias a lot to:
Siti Nabilah binti Shaari. *Gu'guk*
Nurul Wahida binti Zolkapli. *BerTham*



OLDER POST | NEWER POST