Dashboard | +Follow
♥ M I Z S | Q A W I N A L ♥


Sekolah o0o sekolah..
Tuesday 10 January 2012 | 00:19 | 0 S:Saranghae Talking//
Assalamualaikum..

Sekolah dah bermula balik and now aku dah tingkatan tiga. Dah menengah atas pon. Bukan menengah rendah lagi. Jadi bila aku dah naik menengah atas, tanda nama aku pon dah bertukar. Dari biru putih ke kuning hitam. Aku tak sabar nak pakai tanda nama aku tu. Sekarang ni tanda nama tu dok dekat kedai lagi. Abang aku on the way nak pergi ambek.

Aku mesti bersemangat nak pergi sekolah esok. Biasalah orang pakai name tag baru an. Bila dah semua baru : baju baru, tudung baru, kain baru, lencana baru, name tag baru, cuma kasut ja buruk: mesti bersemangat nak pergi sekolah an. Aku serius tak sabar nak menanti kepulangan name tag baru aku tu. kalau boleh aku nk bentangkan red carpet tu untuk name tag baru tu. hahaha

And aku dah putuskan aku nak ambik sain tulen untuk form 4 ni. Aku sebenarnya tak tau nak ambik aliran apa. Lepas dua hari aku berbincang dengan kakak aku, aku nak ambik aliran mana, and last aku putuskan nak ambik sain tulen.


TAHUKAH ANDA??

Buku teks Sain Tulen seperti Biologi, Fizik dan Kimia telah beralih ke bahasa melayu. Buku Addmath dan Mathematics pon dah beralih ke Bahasa Melayu ekoran perancangan memansuhkan Bahasa Inggeris dalam subjek-subjek di atas.


Aku pon mula-mula bukak buku teks tu terkejut jugak. Tak kan la nak belajar semua subjek tu dalam BM?? Nanti macam mana nak faham istilah-istilah yang aku dah belajar dalam BI dari aku tadika lagi sampai sekarang. Cikgu ni nak buat bang bang boom kot<- Aku pikir macam ni ha masa mula-mula dapat buku teks.

Kakak-kakak form 5 dekat sekolah aku pon kata "macam bodoh ja belajar fizik dalam BM". Aku yang dengar ni tak larat nak gelak. Tak sangka kakak-kakak tu nak kata macam ni. Aku gelak ja. Tak tau nak cakap apa.  Terkedu teruih!!

Oklah. Setakat tu ja aku nak tulis untuk entry kali ni. Bye~








| NEWER POST